Berita Terkini Bola Sepak Dalam dan Luar Negara | Koleksi Jersi Liga Malaysia dan Liga Luar Negara


Keputusan Final Sukan Sea Malaysia VS Indonesia 2011

Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.

Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.

Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.

Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.

Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.

Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.

Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.

Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.

Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat.


Video Highlights Perlawanan Final Bola Sepak Sukan Sea Malaysia VS Indonesia:



Gol-gol Penalti 



Klik LIKE di Fanpage Kami Untuk Sokongan Anda:







Gol Asraruddin Putra Omar


Read More

Penangan Samurai


Anak didik Kim Swee akur keperkasaan Jepun

TEMPIAS ‘taufan Roke’ di Fukuoka, malam tadi seperti menceritakan betapa barisan Harimau Muda karam di Stadium Tosu ketika terpaksa akur kepada keperkasaan Jepun yang turun selaku kuasa bola sepak Asia untuk merakamkan kemenangan 2-0.

Jelas perlawanan pembuka tirai Kumpulan C, saingan kelayakan Olimpik di Wilayah Saga, Kyushu, malam tadi menjadi dominasi anak didik Takashi Sekizuka yang menguasai penuh saingan 90 minit di bawah cuaca sejuk - sekali gus menuai tiga mata berharga dalam kumpulan yang turut membabitkan Syria dan Bahrain.
Realiti yang terpancar selepas wisel penamat dibunyikan pengadil Abdullah Balideh dari Qatar adalah anak didik Ong Kim Swee harus banyak belajar andai mahu memastikan sasaran tangga kedua kumpulan untuk beraksi dalam play-off, andai ia menjadi kenyataan kelak.

Tuan rumah bergelar Samurai Muda yang berhak menang atas persembahan padu di hadapan 22,504 penyokong mereka mengesahkan mata penuh menerusi ledakan Keigo Higashi pada minit ke-10 dan Yamazaki Ryohei (m-75).

Sebaik pengadil meniup wisel, Jepun mendominasi setiap saingan dengan pemain Harimau Muda sekadar mengejar bola manakala kapten yang juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menjadi individu paling sibuk di depan gawang.

Selepas empat kali penjaga gol negara Khairul Fahmi diuji, asakan Jepun membuahkan gol pertama ketika permainan hanya berusia 10 minit. Higashi yang tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti, meledakkan rembatan leret ke sebelah kanan untuk menggamatkan suasana stadium.

Tertekan tanpa dapat membolosi benteng Jepun, penyerang Izzaq Faris Ramlan sebaliknya dilayangkan kad kuning pada minit ke-28 kerana mengasari Kazuya Yamamura dan situasi bertambah buruk apabila penyerang, Wan Zack Haikal Wan Nor mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar padang pada minit ke-40 untuk digantikan dengan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria.

Ada sedikit perubahan ditampilkan anak buah Kim Swee sebaik bersambung babak kedua apabila Wan Zaharul Nizam beberapa kali dapat melepasi benteng sebelah kiri Jepun tetapi tiada hantaran yang sampai kepada rakan di depan manakala dua rembatan jarak jauh Abdul Shukur dan Mohamad Fandi Othman tersasar jauh.

Namun, gawang negara bolos kali kedua pada minit ke-76 apabila Yamazaki mudah menolak masuk selepas Nagai melintangkan bola di depan gawang.

Read More

Kim Swee akur kekuatan Samurai Muda


 ‘Pemain Malaysia perlu bekerja keras andai mahu cari sesuatu dalam saingan Kumpulan C’

PENGENDALI skuad bawah 23 negara, Ong Kim Swee mengakui Jepun mendedahkan begitu banyak kelemahan dalam skuad Harimau Muda sepanjang saingan 90 minit di Stadium Tosu, Wilayah Saga di Pulau Kyushu, malam tadi.
Pada pengamatannya, pemain Malaysia perlu bekerja keras andai mahu mencari sesuatu dalam saingan Kumpulan C, kelayakan Olimpik bertemu dua lagi seteru, Bahrain dan Syria dalam kumpulan yang sama.

“Jepun diakui cukup bagus, pantas dan sukar untuk memberi tentangan. Inilah bezanya antara pasukan yang bagus dengan pasukan yang kurang bagus,” kata Kim Swee. “Banyak yang boleh dipelajari untuk dijadikan bekalan bagi cabaran seterusnya.

“Saya berpendapat semua pemain sudah beraksi dengan baik termasuk penjaga gol, Khairul Fahmi (Che Mat) yang bermain dengan baik untuk membataskan jumlah jaringan Jepun dan menyusun benteng pertahanan.

Jepun memperoleh gol pada setiap babak, menerusi gol pembukaan pada minit ke-10 menerusi Hiroshi Kiyotake sebelum pemain gantian Ryohei Yamazaki memastikan kemenangan selesa 2-0 pada minit ke-78.

Read More



Video Perlawanan Malaysia VS Jepun Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia


Keputusan penuh: Jepun 2-0 Malaysia

Antara video perlawanan:

Klik LIKE dan SEND di bawah untuk kongsikan video perlawanan kepada kawan2!





Video gol Jepun 1-0 Malaysia







Video Jepun 2-0 Malaysia




Jangan lupa LIKE Facebook Jersi Malaya ya!


Read More

Gandingan Muslim, Fadhli makin serasi



 

BENTENG tengah, Muslim Ahmad akur tahap keserasiannya dengan Mohd Fadhli Shas semakin meningkat berbanding setahun lalu ketika kedua-dua digandingkan semasa kecundang kepada Jepun 2-0 di Sukan Asia 2010.

Terus digunakan Datuk K Rajagobal ketika Malaysia memenangi kejuaraan Piala AFF Suzuki, Harimau Muda A dalam Liga Super serta dibawa bersama menjalani latihan di Slovakia, Muslim berkata dia sudah bersedia menangani asakan Jepun dalam saingan kelayakan Kumpulan C di Stadium Tosu, malam ini.

“Kami semakin serasi, malah masing-masing tahu apa yang harus dilakukan di atas padang. Kami sudah bersedia berdepan corak permainan pantas dan agresif Jepun, malam esok (malam ini),” katanya ketika ditemui sebelum latihan terakhir skuad bimbingan Ong Kim Swee, semalam.

Muslim yang muncul antara tonggak penting ketika kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu, berkata penyerang Jepun yang juga kapten, Kensuke Nagai dan pemain tengah KazuyaYamamura adalah antara pemain perlu diberi perhatian sepanjang permainan

Read More

 Safiq Rahim Kecewa tapi Tetap Terima Keputusan Rajagopal

KAPTEN pasukan kebangsaan, Safiq Rahim tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa selepas namanya tidak disenarai dalam 26 pelatih bagi menghadapi siri persahabatan antarabangsa menentang Australia di Canberra pada 7 Oktober ini.


“Sudah pasti saya kecewa apabila nama saya tidak ada dalam senarai. Sebagai pemain bola sepak kita harus lalui segala rintangan dan ini adalah satu rintangan bagi diri saya. 

“Saya setuju dengan alasan Rajagobal yang menyebut saya kurang bermain dalam Selangor menjadi faktor kepada keputusannya itu. Kita harus sedar kita masih ada kekurangan lagi dan perlu bekerja keras dan terus fokus terhadap permainan saya,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan Selangor di Padang SUK, kelmarin.

Akhbar kelmarin melaporkan pengendali skuad kebangsaan, K Rajagobal membuat kejutan dengan menggugurkan nama kaptennya, Safiq Rahim dalam senarai 26 pelatih skuad kebangsaan.

Turut tidak disenaraikan pengendali berkenaan adalah Sharbinee Allawee Ramli, Nasril Nourdin, Amirulhadi Zainal, Abdul Hadi Yahaya, Ashari Samsudin, Ismail Faruqi Ashari, Ahmad Fakri Saarani, S Chanthuru, Shakir Shaari, Rizal Fahmi Rosid, Helmi Remeli, Azmi Muslim dan Aidil Zafuan Radzak.

Pemain kelahiran Kuala Selangor itu turut mengakui faktor kurangnya peluang untuk beraksi akan mengganggu prestasi seseorang pemain namun ia sebenarnya ia bergantung kepada pemain itu sendiri.

“Mungkin masa akan datang saya akan kembali menguatkan skuad kebangsaan. Saya akan berusaha memikat jurulatih terus mengekalkan kedudukan dalam pasukan,” katanya.

Read More


K. Devan Letak Jawatan, Maniam Sambung Misi 33





BEKAS pemain negara, P Maniam dilantik jurulatih baru Selangor berkuatkuasa, semalam menggantikan K Devan yang meletak jawatan berikutan prestasi hambar skuad Gergasi Merah itu yang sampai ke kemuncaknya selepas tewas 1-2 kepada T-Team, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan ‘persetujuan bersama’ dicapai dengan Devan supaya khidmatnya berakhir semalam meskipun kontrak beliau sepatutnya berakhir pada 30 November ini. 

“Saya bagi pihak FAS merakamkan terima kasih kepada Devan kerana membimbing Selangor menjuarai banyak gelaran pada 2009 dan 2010. Cuma tahun ini bukan rezeki beliau. Saya minta pemain beri sokongan kepada Maniam,” katanya. 

Maniam, 43, yang menggalas tugas penolong jurulatih Selangor sejak Devan diambil FAS pada 2009, sebelum ini pernah membimbing Selangor menjuarai Piala Belia 2006 dan Piala Presiden 2008 serta pingat perak Sukma 2010.

“Lain jurulatih, lain corak taktikalnya. Sudah tentu saya akan buat sedikit perubahan taktikal bagi baki dua perlawanan menentang Polis (Sabtu ini) dan Kuala Lumpur (Selasa depan),” katanya

Read More

 Apek Yakin Harimau Jerat Samurai

“KAMI lebih arif dengan kekuatan Jepun siapa lawan kali ini dan kami sudah bersedia berdepan Jepun.”


Itu kenyataan ringkas bernada cukup yakin daripada mulut kapten dan penjaga gol skuad Olimpik Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan penting perlawanan pertama Kumpulan C kelayakan Olimpik di Stadium Tosu, Wilayah Saga, Pulau Kyushu, jam 7 malam ini (8 waktu tempatan).

“Kini saya dan rakan-rakan lebih bersemangat dan yakin kerana sudah mendapat sedikit gambaran maklumat daripada jurulatih (Ong Kim Swee). Malah kami juga berpeluang melihat rakaman perlawanan mereka (Jepun) dengan Kuwait pada pusingan kedua lalu.

“Apa yang boleh saya katakan ialah mereka pasukan yang pantas, banyak menggunakan pemain sayap dan cukup agresif dan saya jangkakan mereka akan kekal bermain seperti itu esok (malam ini).

“Tetapi berkat latihan dan persiapan lebih rapi menghadapi kempen peringkat kumpulan ini, saya yakin kami mampu memberi tentangan. Bukan mustahil jika kami mampu pulang dengan satu mata,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Apek.

Khairul Fahmi dijangka memikul tugas berat menggerakkan benteng pertahanan di depannya untuk menafikan sebarang jaringan daripada skuad Samurai Biru.
Mengulas saingan ketika Malaysia tewas 0-2 kepada skuad Samurai Biru di Sukan Asia Guangzhou 2010 ketika itu, Apek menjelaskan pemain negara kurang mengenali pemain skuad emas bimbingan jurulatih Takashi Sekizuka ketika itu.

Malah kecederaan yang dialami beberapa tonggak penting dalam perlawanan pertama menentang Kyrgyzstan juga menyumbang kepada permainan secara bertahan ketika itu.

Menurut penjaga gol Kelantan dalam Liga Super itu, pemain Harimau Muda kini lebih berkeyakinan beraksi di pentas penting ini terutama selepas mendapat banyak pendedahan berguna berdepan lawan lebih fizikal menentang kelab Liga Corgon di Slovakia.

Read More

Hello geng!
Selamat datang ya ke blog Jersi Malaya. Sekarang baru sempat nak update kat blog ne walaupun dah lama bina blog ne. Sori la wei. Sibuk..Haha.

Okay nak cari idea jap..Nanti jumpa lagi..



Giler pendek punyer entri, baik x yah tulis..:)

Read More

    Followers