Berita Terkini Bola Sepak Dalam dan Luar Negara | Koleksi Jersi Liga Malaysia dan Liga Luar Negara

,

 Safiq Rahim Kecewa tapi Tetap Terima Keputusan Rajagopal

KAPTEN pasukan kebangsaan, Safiq Rahim tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa selepas namanya tidak disenarai dalam 26 pelatih bagi menghadapi siri persahabatan antarabangsa menentang Australia di Canberra pada 7 Oktober ini.


“Sudah pasti saya kecewa apabila nama saya tidak ada dalam senarai. Sebagai pemain bola sepak kita harus lalui segala rintangan dan ini adalah satu rintangan bagi diri saya. 

“Saya setuju dengan alasan Rajagobal yang menyebut saya kurang bermain dalam Selangor menjadi faktor kepada keputusannya itu. Kita harus sedar kita masih ada kekurangan lagi dan perlu bekerja keras dan terus fokus terhadap permainan saya,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan Selangor di Padang SUK, kelmarin.

Akhbar kelmarin melaporkan pengendali skuad kebangsaan, K Rajagobal membuat kejutan dengan menggugurkan nama kaptennya, Safiq Rahim dalam senarai 26 pelatih skuad kebangsaan.

Turut tidak disenaraikan pengendali berkenaan adalah Sharbinee Allawee Ramli, Nasril Nourdin, Amirulhadi Zainal, Abdul Hadi Yahaya, Ashari Samsudin, Ismail Faruqi Ashari, Ahmad Fakri Saarani, S Chanthuru, Shakir Shaari, Rizal Fahmi Rosid, Helmi Remeli, Azmi Muslim dan Aidil Zafuan Radzak.

Pemain kelahiran Kuala Selangor itu turut mengakui faktor kurangnya peluang untuk beraksi akan mengganggu prestasi seseorang pemain namun ia sebenarnya ia bergantung kepada pemain itu sendiri.

“Mungkin masa akan datang saya akan kembali menguatkan skuad kebangsaan. Saya akan berusaha memikat jurulatih terus mengekalkan kedudukan dalam pasukan,” katanya.

Post a Comment

    Followers