Berita Terkini Bola Sepak Dalam dan Luar Negara | Koleksi Jersi Liga Malaysia dan Liga Luar Negara

,


K. Devan Letak Jawatan, Maniam Sambung Misi 33





BEKAS pemain negara, P Maniam dilantik jurulatih baru Selangor berkuatkuasa, semalam menggantikan K Devan yang meletak jawatan berikutan prestasi hambar skuad Gergasi Merah itu yang sampai ke kemuncaknya selepas tewas 1-2 kepada T-Team, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan ‘persetujuan bersama’ dicapai dengan Devan supaya khidmatnya berakhir semalam meskipun kontrak beliau sepatutnya berakhir pada 30 November ini. 

“Saya bagi pihak FAS merakamkan terima kasih kepada Devan kerana membimbing Selangor menjuarai banyak gelaran pada 2009 dan 2010. Cuma tahun ini bukan rezeki beliau. Saya minta pemain beri sokongan kepada Maniam,” katanya. 

Maniam, 43, yang menggalas tugas penolong jurulatih Selangor sejak Devan diambil FAS pada 2009, sebelum ini pernah membimbing Selangor menjuarai Piala Belia 2006 dan Piala Presiden 2008 serta pingat perak Sukma 2010.

“Lain jurulatih, lain corak taktikalnya. Sudah tentu saya akan buat sedikit perubahan taktikal bagi baki dua perlawanan menentang Polis (Sabtu ini) dan Kuala Lumpur (Selasa depan),” katanya

Post a Comment

    Followers